PEMBANGUNAN WAKAF PENDANAAN MELALUI SUKUK SUSTAINABLE AND RESPONSIBLE INVESTMENT (SRI)


Sumbangan wakaf dalam ekonomi amatlah penting sebagai penopang kepada perkembangan ekonomi, meningkatkan taraf kualiti hidup masyarakat serta menjamin kesinambungan syiar Islam. Namun jika wakaf tidak dibangunkan secara optimum, sudah pasti ia tidak dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada masyarakat. Justru pengurusan wakaf yang bagus amat diperlukan agar objektif wakaf  yang telah disyariatkan tercapai. Wakaf menurut istilah Syarak ialah menahan suatu harta supaya hanya boleh di gunakan untuk mendapatkan manfaatnya saja dengan mengekalkan zatnya.
Harta yang hendak diwakafkan hendaklah bersifat harta yang tahan lama dan manfaatnya dapat digunakan secara berterusan. Oleh kerana itu wakaf adalah perizinan yang diberikan oleh pewakaf untuk menggunakan manfaat harta, justru terdapat pandangan dari kalangan Mazhab Syafi’i  dan riwayat dari Abu Yusof  dari kalangan Mazhab Hanafi yang membenarkan wakaf dalam tempoh tertentu. Misalnya, pewakaf boleh mewakafkan bangunan untuk tempoh dua tahun dan setelah jatuh pada tempohnya, bangunan tersebut perlu dikembalikan kepada pemilik harta itu semula (pewakaf).

Comments

Popular posts from this blog

HUBUNGAN ANTARA FALAH DAN MASLAHAH

Motivasi Produsen dalam Berproduksi

PENGENTASAN KEMISKINAN